Posts

hello maaf sebab aku tak dapat nak tepati janji utk update hari hari. bukan apa line digi kat rumah tak mengizinkan untuk aku update. aku akan cuba untuk update. ok guys hari ni aku nak tanya pendapat semua. aku tengah buntu nak fikir pasal sambung belajar. should i go to private university or wait untuk fasa 2 rayuan. mak aku suruh isi dulu borang private dari nak tunggu fasa 2 tu. tapi sebagai seorang anak, aku tak nak susahkan mak ayah aku hmm... what should i do???

penghargaan

assalamualaikum semua. diyana kembali lagi. insya allah kali ni aku cuba untuk update sebanyak yang boleh kalau aku sempat. aku ada banyak benda yang aku nak ceritakan so korang semua diharap dapat bersabar dan teruskan membaca. kepada yang sudi singgah ke blog ni aku nak ucapkan terima kasih. aku tak harapkan ada yang baca pun blog ni tapi bila ada yang sudi baca aku rasa sangat bersyukur. aku  minta maaf kalau korang rasa blog ni membosankan tapi aku akan cuba update cerita yang  seronok berkaitan dengan hidup aku ni. aku ni jenis yang suka pendam and aku rasa dengan bloggin aku dapat luahkan perasaan dan lepskan stress aku ni, ya mungkin lain orang lain caranya. eh rasanya macam dah lari tajuk je ni hahaahahah jauh pulak aku melalut. okay pergi pada agenda aku untuk entry kalini.


aku nak berikan ucapan yang tak terhingga kepada korang semua yang sudi singgah di blog aku ni walaupun aku rasa entry dalam blog ni taklah menarik sangat tapi aku sangat bersyukur ada yang sudi baca. blog…
hello guys diyana telah kembali ke dunia blogger setelah lama aku menyepi bukan apa rasa macam malas je nak on haha tapi mungkin sebab aku rindu dekat blog ni so here i am

guys aku nak share apa yang jadi kat aku dalam masa aku hilang ni. banyak benda yang jadi dekat aku. tidak terlambat untuk aku ucapkan selamat maju jaya kepada yang berjaya mendapat tempat di universiti awam andai ada dalam kalangan  readers yang berjaya. tahniah semua dan aku doakan korang berjaya. cakap pasal upu aku ada berita sedih ni nak share kat readers semua. guess what aku tak dapat tawaran upu hmm mula mula sedih lah jugak apabila aku tak dapat tawaran tapi ramai kawan yang nasihatkan aku yang ini bukan masanya lagi. jadi atas nasihat dari kawan aku kuatkan semangat untuk isi semula rayuan dengan harapan mungkin ada lagi peluang untuk aku. tipu lah kalau aku tak sedih tapi sampai bila aku nak bersedih kan hidup ni kita kena teruskan so aku kuatkan semangat aku and aku dah boleh terima mungkin ada hikmah se…

masa depan

Assalamualaikum dan hai semua. Rasanya aku dah lama tak update entry baru hmm bukan apa aku tak tahu nak cerita apalah kat sini. Ni aku bukak sebab rindu nak tulis balik so balik pada tajuk kat atas pasal masa depan lebih tepat lagi masa depan aku lah.

Tak lama lagi result upu untuk ijazah sarjana muda akan keluar dalam hujung bulan 7 macam tu. Aku rasa takut dan nervous dalam masa yang sama. Aku takut aku tak dapat and aku harap sangat aku dapat lah yang dekat dan kena dgn jurusan yang aku ambik.

Macam orang lain jugak aku pun ada perancangan masa depan aku sendiri. Kalau ikutkan rancangan aku study dalam 3 or 4 tahun mcm tu lepas tu kerja setahun and barulah fikir nak kawin. Aku tak nak kawin awal sgt mungkin dalam umur 26 tahun ok kot.

Berkaitan dengan jurusan yang aku pilih dekat upu ada banyak sebenarnya dan aku sedar pointer aku tak adalah hebat mana so aku apply yang jauh berharap akan dipilih nanti. Tapi ramai pulak yang marah aku sebab pilih tempat jauh hmm apapun kita tengok…

My favourite foods

Image
Hai assalamualaikum semua. Selamat datang ke blog aku. Untuk entry kali ni aku akan cerita pasal makanan kegemaran aku. Aku dapat idea ni daripada seseorang. Dia cadang dkt curious cat so aku buat lah. Lagipun aku memang suka cerita pasal makanan ni sebab aku pun suka makan 😂😂😂😂

Ok jom kita mula. Aku ada banyak makanan favourite sebab aku ni suka makan haha sebab tu aku ni comel. Makanan kegemaran aku yang pertama ialah fettuccine carbonara. aku suka rasa dia yang creamy hmm sedap. Setiap kali pergi pizza hut aku akan order ni




Seterusnya makanan favourite aku ialah sambal udang dengan petai. Ini memang favourite gila. kalau mak aku buat aku makan sorang je ni hahaha




Ni boleh kira favourite aku jugak la. Sebab aku ni asal kelantan and selalu pergi dekat rantau panjang aku suka makan tomyam pedas kaw. ha sebab aku suka pedas dan aku suka tomyam. kalau aku masak 10 batang cili padi burung tu aku letak haha ambik kau pedas dia



Last but not least aku sukaaaa ha cuba teka okkk aku bagi …

10 benda menarik berkaitan dengan Diyana

Hai semua seperti yang korang baca kat atas tu. Hari ni aku nak share 10 benda tentang aku ok so let start.

1. Aku suka coklat. Coklat is my bae. My only fav flavour. Flavour yang lain aku suka jugak tapi tak boleh lawan coklat lah. Senang cerita aku ni hantu coklat. Aku pernah habis beratus untuk coklat sahaja haha gila en aku ni

2. Ok next is aku ada dua phobia. Satu is trypophobia and second is ophidiophobia. Trypophobia is fobia kepada lubang lubang kecil dan ophidiophobia is fobia dengan ular. Dua benda ni mampu buat bulu roma aku meremang. Aku boleh nangis kalau ada orang usik aku dgn dua benda ni. Aku sangat takut dengan dua benda ni. Pernah masa pergi zoo kalau lalu bahagian ular tu aku akan jalan setunduk yg boleh sebab tak nak tengok langsung ular tu. Lubang lubang kecil tu lagilah adik adik aku selalu hantar gambar macam tu untuk kenakan aku

3. Aku benci susu dan makanan yang ada susu. Kalau aku bau susu aku rasa mual dan akan muntah. Mungkin aku dapat daripada mak aku seba…

form six :)

Assalamualaikum dan hai semua *lambai tangan. Okay kali ni aku nak share pasal pengalaman aku masuk tingkatan enam. Banyak pengalaman yang aku dapat bila aku join form six ni. Mula-mula aku ingat tingkatan enam ni senanglah macam yang aku belajar masa di arus perdana. Hahaha rupanya aku silap, form six ni susah hmm yelah mana ada benda yang senang dalam dunia ni. Kalau semua benda kau nak senang payahlah wey. ok aku sambung.

Mula2 aku dapat tawaran dkt High School Klang dalam bidang sains tulen sebelum aku pindah ke Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra (KiSTARP), Sabak Bernam. Aku pindah sebab kistarp ada asrama jadi senanglah untuk aku daripada aku nak ulang alik rumah dgn high school klang. Jimat duit minyak. Tapi aku sempat orientasi dua minggu kat high school. Macam macam yang aku dapat masa orientasi. Dapat kenal kawan baru. Dorang semua sporting. Tak pernah terlintas pun dekat otak aku nak teruskan tingkatan enam ni. Aku masuk pun suka suka sementara tunggu upu tapi mun…